BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 26, 2009

Respon-Sebatan tidak ancam nyawa - Harussani


IPOH 25 Ogos - Hukuman enam kali sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika Sari Dewi kerana kesalahan meminum arak langsung tidak akan mengancam nyawa atau memudaratkan kesihatannya.

Sebaliknya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukuman tersebut lebih kepada pengajaran kepada umat Islam supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Katanya, ia tidak sama dengan sebatan di penjara kerana orang yang melaksanakan hukuman sebatan itu ketiak pun tidak boleh terbuka dan pesalah mesti berpakaian.

"Sebatan di penjara lain, tidak sama dengan sebatan ini. Sebatan dari segi syarak, ketiak pun tidak boleh terbuka. Pesalah akan disebat di belakang, tetapi masih memakai baju.

"Hukuman akan dijalankan serentak enam sebatan, tetapi tidak akan calar sedikit pun. Cuma akan berbekas merah, itu pun jika pesalah terbabit berkulit putih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kontroversi isu sebat terhadap Kartika Sari Dewi yang sepatutnya berlangsung minggu ini tetapi ditangguhkan.

Kartika Sari Dewi yang dijatuhkan hukuman enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sepatutnya menjalani hukuman tersebut semalam.

Namun hukuman itu itu ditangguhkan sebagai menghormati bulan Ramadan.

Sehubungan itu, Harussani berharap agar mereka yang tidak tahu mengenai hukum Islam agar tidak membuat sebarang komen berkaitan isu tersebut.

"Media asing pun saya harap tidak campur tangan dalam hukum dan undang-undang Islam," katanya.

Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai hukuman sebat itu.

Tegas beliau, cakap-cakap daripada orang ramai yang tidak faham mengenai hukum Islam hanya akan mengeruhkan keadaan dan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati pihak terbabit.

Respon pakcik- Pabila orang yang tak faham tentang sesuatu perkara buat komen, geli hati gak bila dengaq.
Kalo xpaham, tanya dulu, bab syarah islam tanya la alim ulama'...umat islam sendiri pun ramai xpaham tentang syariah islam walopun berapi-api bercakap. Pakcik dulu pun xpaham...bila dapat belajaq ttg undang2 jenayah islam baru nampak indahnya undang2 islam.Walopun tak pandai secara detail tapi pakcik tau, proses pendakwaan dan kesan hukuman.

2 comments:

Syahril said...

entah laa... tapi aku tgh tunggu majlis fatwa kebangsaan buat keluar fatwa pasal ni... agaknya bila depa nak kuar fatwa... mslhnya ramai sgt buat keluar "fatwa" masing2... huhuhu...

Syahril said...

Puji sikap Kartika, hukuman hanya kepada 'ikan bilis' - Dr Asri

KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Kerajaan mesti melihat isu arak secara keseluruhan, tidak menghukum orang awam sahaja tetapi tauke, tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang kilang dan premis perniagaan arak juga mesti dikenakan tindakan.

Apa yang berlaku kini, hukuman hanya dikenakan ke atas 'ikan bilis' sahaja apabila melakukan kesalahan seperti minum arak sedangkan orang-orang yang berkepentingan khususnya yang beragama Islam yang 'menjana' industri arak ini terlepas begitu sahaja.

Demikian ditegaskan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abdin kepada Harakahdaily pagi ini, ketika diminta mengulas hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang dihukum kerana minum arak.

"Sebenarnya hukuman sebat yang dijatuhkan mahkamah itu 'mendekati' hukuman Islam sungguhpun ulama berbeza pendapat tentang jenis hukuman dan bilangan sebatan.

"Namun saya puji sikap Kartika kerana akui kesalahannya dan tidak membantah hukuman yang dikenakan.

"Sepatutnya kita puji dia tetapi sehingga kini tidak ada satu tokoh politik atau pemimpin yang memuji tindakan Kartika ini, mungkin ada kepentingan dan jaga hati pihak tertentu..." katanya yang juga bersetuju, sekiranya Kartika merayu bagi meringankan hukuman.

Padanya, prinsip hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah mesti jelas, dan soal rayuan, merupakan hak bagi pesalah untuk memohon meringankan hukuman.

Beliau turut menjelaskan bahawa bukan semua yang meminum arak atau melakukan apa-apa maksiat itu membenci Allah dan rasul-Nya ataupun membenci Islam.

Sungguhpun, maksiat membawa ke neraka, namun bukan semesti seseorang pelaku maksiat tidak melakukan pahala dalam perkara yang lain yang akhirnya Allah akan menentukan timbangan antara keduanya, katanya.

Kartika seorang model sambilan di Singapura dihukum denda RM5,000 dan dikenakan enam sebatan kerana minum arak di sebuah hotel di Kuantan. Beliau sepatutnya menjalani hukuman itu sebaik sahaja ditahan di Penjara Kajang bermula semalan.

Bagaimanapun hukuman itu ditangguhkan dengan alasan hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan selepas bulan Ramadhan.

Dalam pada itu Dr Asri dukacita dan mengkritik sikap mahkamah syariah yang dilihat begitu 'cepat' menyelesaikan kes Kartika, sedangkan kes-kes seperti cerai, talak, penderaan dan pembahagian harta pusaka yang melibatkan wanita, mengambil masa yang lama untuk diputuskan atau dijatuhkan hukuman.

"Janganlah ketika wanita bersalah, dihukum begitu cepat tetapi bila wanita dianiaya, ditangguhkan. Hukuman dan tindakan mesti adil malah ianya mesti dilihat berlaku adil.

"Kita memuji langkah mencegah mungkar tetapi yang paling penting ialah penegasan hukuman supaya menjadi contoh kepada yang lain dan dilihat adil," katanya yang kini sudah seminggu berada di Malaysia, sekembalinya daripada pengajiannya di London.

Beliau juga kecewa dengan sikap media barat seperti CNN yang cuba mengaangkat isu hak asasi manusia untuk minum arak sedangkan agama mempunyai hukuman dan peraturan yang tertentu bagi mendefinasikan kebebasan penganutnya agar tidak melakukan perbuatan yang menyalahi agama sekaligus menjaga masyarakat akibat tabiat buruk arak.