BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Aug 5, 2009

Pakcik, Kampung, Chloe dan Dot3

(bukan Chloe..sekadar gambaq hiasan)


Salam alaik...

Pakcik kembali dari cuti yang agak panjang. Seronok sesekali balik ke kampung. Kampung masih hijau seperti dulu namun kehijauan sifat ahli kampungku khususnya muda-mudi sudah kering dimamah panas pembangunan. Anak-anak gadis berseluar panjang, berkemeja singkat, berambut percuma seakan sudah menjadi pemandangan biasa. Anak-anak muda bercelana menampakkan bonggol-bonggol lutut sudah biasa. Kadang-kadang aneh melihat cara mereka berfesyen...celana dipakai pendek menampakkan bonggol lutut tetapi t-shirt dipanjangkan menutupi bonggol siku. Yang wajib ditutup tak ditutup tapi yang tak wajib ditutup...ditutup pulak (khusus untuk anak teruna yang baru belajar bermisai).

Namun suatu yang positif yang dapat pakcik lihat, lambang-lambang politik tidak lagi berbekas pada wajah-wajah ahli-ahli tua yang sudah layak mengundi. Muka senyum bersapa sewaktu bersua, tidak seperti suatu tika dulu...yang kebanyakannya sakit leher dan gigi sewaktu berjumpa. Muka dipalingkan tanpa senyuman. Alhamdulillah. Namun agak mendukacitakan kerana rumah ibadat dipenuhi berdasarkan darah politik, ada rumah-rumah tertentu diutamakan walaupun rumah-rumah itu dihuni makhluk yang berdarah dari jenis yang sama..darah jenis "O bercahaya". Tak tahu apa tujuan, dalam firasat sangka buruk pakcik...mereka cuba mensyiarkan kemenangan perjuangan walaupun hakikatnya rumah yang patut diimarahkan, dilangkau...dilangkah.

Yang pastinya pakcik tersedar diri sewaktu kembali ke tempat tumpah darahku itu. Iman pakcik masih iman suasana. Pakcik biarkan rumah ibadah sunyi tanpa dakwah lima waktu...pakcik biarkan rumah ibadah sunyi tanpa dipenuhi tuntutan fardhu kifayah. Astaghfirullahhalazim...pakcik terlalu hina kerana membiarkan tuntukan kefardhuan ditinggalkan. Moga Allah ampunkan pakcik dan seluruh umat kampung. Moga Allah anugerahkan pakcik dan umat kampung kefahaman dan kekuatan untuk tegakkan syariat dan tinggikan syiar tanpa berfalsafah berdasar jenis darah.

Sekembali pakcik ke perantuan, sesaat dijejakkan kaki ke perantauan..mata pakcik pilu memerhati. Satu jasad terbujur kaku, mulutnya berdarah. Mungkin digilis kereta yang bergerak. Chloe si anak kucing kaku terbujur (kalau masih ingat entri pakcik tentang anak kucing yang pakcik sangkakan hantu dah mati). Hati digigit pilu. Inilah hakikat kehidupan, Chloe yang baru pakcik kenali telah pergi...mak kucing disisi mayat hanya menyisip bulu.Belasungkawa.

6 comments:

Anonymous said...

Teruskan perjuangan PakCIk!!!
Tak dapat jadi gerabak, jadi skru pun bolehlah...asalkan destinasi yg sama kita sampai...

~Mokhtar~

Anonymous said...

http://bukucontengaishah.blogspot.com/2009/06/selepas-patah-hati-dan-episod-tanda.html

Hehe...sian bdk ni...
gi la berborak ng dia...

~Mokhtar~

Park Chick said...

a'a jadi skru pun jadi la yg penting dapat sampai. Sesak sgt dah ni. Ai...link sapa lak hang bagi ni.

Anonymous said...

pakcik...

Aishah Nur Hakim said...

salam..

ya alllah..sampai ke sini encik mokhtar ni menjalankan tugas??

=)

Park Chick said...

Biarkan luncai dengan labu2nya kerana labu sifatnya timbul tapi makhluk sifatnya timbul tenggelam