BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jun 15, 2009

Suami, Isteri dan dot3...


Hari sabtu yg lepas 13hb jun, lepas isyak pakcik segerombolan jemaah surau menghadiri kenduri arwah kat rumah salah seorang anak jemaah. Boleh tahan lauk dia, ayam, daging, sup tulang, sayur2, buah2...pendek kata rambang mata dan kembung perut la natijahnya. Tapi pakcik bukan nak story pasai kenduri atau pasai makan atau pasai pak long yang wat kenduri tu...tapi pakcik nak story kejadian after kenduri.

Lagu ni la gamaknya cerita tu, lepas ja abis makan, borak2 ckit...pakcik pun pura2 mengantuk untuk balik. Tak jauh pun dari rumah pakcik 1oo meter lebih ja tp sebab member pakcik bawa keta pakcik bonceng la kat sebelah.

Sampai ja kat rumah pakcik, pakcik pun terpaksa la mendaki tangga2 ke syurga (rumahku syurgaku...umah flat daa..tingkat 5 lak tu). Dipendekkan tangga...sampai la pakcik kat tingkat 4, nampak brother ni (jiran bawah umah pakcik, kalo ada yang rasa2 kenai, hangpa silap orang tu). Cadang2 nak teguq la, brother ni tengah dalam scene bukak kasut, pintu umah dah terbuka, mukanya yg berpeluh menampakkan yg dia keletihan, baru balik keja la gamaknya. Pakcik pun menarik secangkir nafas untuk memberi salam..tup2...haaa kantoi..tak jadi nak bagi salam. Brother tu tgh bertengkaq mulut ngan bini dia sambil membuka kasut.

Apa yang menarik dalam scene di atas...kalo tak dapat tangkap atau lampi..try baca sekali lagi perenggan kat atas. Haaa..pandai pun..

Bro tu baru balik keja, berpeluh-peluh, baru bukak kasut..disambut dengan nyanyian lagu leteran yang menyiat-nyiat kulit telinga, membakar-bakar hati yang lara.huhu. Ni lah salah bini-bini jaman sekarang.

Bila pakcik tengok scene berleter tu, terus pakcik teringat kat mak dan abah kat kampung. Mak pakcik perempuan, so xkurang la leter dia, boleh tahan...tapi yang herannya abah tak pernah melawan bila mak berleter, diam je.why?Kenapa?Mengapa?...Adakah abahku seorang yang takut bini?jawapan, jauh panggang dari api...silat apa yang abah pakcik xgheti..takat mak, senang2 je abah kalahkan. Tapi kenapa abah diam.Why? Adakah kerana mak seorang queen control?jawapannya jauh api dari panggang...mak tak pernah mengarah-ngarah abah untuk buat kerja, xpernah tengking2 abah. So Why? Kenapa? Mengapa?...abahku diam seribu bahasa bila mak berleter.

try fikir....

mmmm...

mmmm...

Jawapannya ialah mak pandai berleter. Mak pandai tengok ruang dan peluang. Mak pandai timing masa nak berleter. Tak pernah dalam sejarah, mak meleteri abah, time abah baru sampai rumah...mak tak pernah meleteri abah time abah tengah penat. Mak leter abah time abah dah puas rehat, time abah tengah cool...pandai mak. Tabik spring tuk mak.

Abah pulak saja je layan mak berleter. Sebab abah tau perempuan berleter untuk meredakan tekanan...perempuan berleter untuk meluah perasaan. Abah tau, perempuan tak mahukan respon bila dia tengah berleter. Tabik spring untuk abah jugak.

Kepada bini2, tak kira la junior ka senior, lama ka baru, bini sulong ka bini bongsu, dimadu ka digula ka, yang baru nak jadi bini ka...hangpa semua kenapa pandai timing bila nak berleter. Ingat satu perkara yang sangat penting bila berleter JANGAN SESEKALI MENGUNGKIT APA2 PUN..diulangi..JANGAN SESEKALI MENGUNGKIT APA2 PUN...diulangi..JANGAN SESEKALI MENGUNGKIT APA2 PUN. Sang suami sangat pantang apabila anda mengungkit-ngungkit..kalo hangpa ngungkit gak..suami yang baik akan pergi berwuduk..maybe solat2 sunat,..suami yang tak berapa baik...amik moto, cabut kedai kopi,...kalo suami yang kurang biadap...merasalah tapak tangan kat muka.

kepada sang suami, paham2 la sifat bini2 hangpa tu...bagila chance dia luah perasaan, bagi la chance dia redakan tekanan. Hiburkanlah hati hangpa dengan leteran bini hangpa tu. Kalo hangpa rajin, hangpa rakam(syah teguq,dah dibetulkan) time dia bebel tu...bila dia dah cool..hangpa pasang bagi dia dengaq..confirm2 hangpa akan dapat cubitan sayang dari bini hangpa. Dia pun naik malu, ntah apa2 la yang dia merepek.keh3

Ok..selamat berbahagia.

pck-tengah tunggu calon nak tambah...seronok dengaq orang berleter ni

11 comments:

Syahril said...

Komeng:

1. Akhir2 ni kepala aku ni mmg asyik dok pikir psl hal ni...tup tup tetiba hg tulis entry ni. Subhanallah...

2. Best mkn kenduri ek. siap ada lauk ayam, daging, sup tulang, sayur2, buah2. mkn byk x? hati2 nanti takut perut boroi. huhuhu... xpa kot sbb hari2 naik tangga 5 tingkat insyaAllah..

3. Cm kenal je brother tu... xpe xpenting sapa dia... yg penting sian dia... apa leh wat... sedangkan lidah lg tergigit... tapi nak kata sengaja gigit pun ok gak... nak bleter mmg boleh... tak salah pun... sbb dalam Islam... isteri ada hak untuk bleter kan... pengorbanan isteri dlm rumah tangga mmg terlalu besar (mak aku tgh dok masak time aku tulis ni)... Saidina Umar yg garang pun diam je bila isteri bleter... tapi ada syarat2 dia... cm yg hg dah ckp... jgn la p bleter time suami tgh letih... baru ja blk keja... tak sempat masuk umah lg... dah kena tembak... pom... "adeh... dah laa td kat keje dah byk problem... balik umah ingat lega laa sket bila tgk muka isteri... sejuk ati aku... isteri sambut bila aku balik... buat air utk aku... dia senyum... Subhanallah... indahnya senyuman dan layanan isteri aku... ni yg best balik umah ni...". Mmg aku tabik spring kt mak hg ngn ayah hg... mmg baguih... (iklan jap...ingat x ayat ni: hg mmg baguih...ckp...pandai...)... hehehe. mmg nak fitrah manusia... time tgh letih... time tgh marah... time pala bserabut... time tu gak hg pi bantai dia dgn ayat menikam kalbu... perghh... kurg sesuai laa beb. lg 1... bahasa kena jaga gak masa bleter tu... jaga lidah... jgn dok pi kuar perkataan2 yg dilarang Allah lak... tak leh tak leh... mcm hg ckp... lelaki mmg pantang kalo diungkit2... kalo aku laa.. jgn ungkit tapi memperingati xpa kot...

4. Si suami mahupun bakal suami (tak kira laa yg baru ja kawin awal tahun ni kaa yg nak kawin ujung tahun ni kaa)... jadi laa cm ayah pakcik... cm ayah aku gak... ayah aku mmg cool... mak aku ckp apa pun... dia rileks je... tetap rileks... siap bleh senyum lg... bila mak aku dah reda sket... ayah aku wat laa lawak sket... smpai mak aku pun tergelak kecik... tgh dok mrh pun bleh tgelak... biasa laa... asam garam rumah tangga... sayangi laa isteri anda... ingat laa segala yg baik tentang isteri anda... insyaAllah rumah tangga bertambah berkat...

5. "kalo hangpa rajin, hangpa RAKAN time dia bebel tu...bila dia dah cool..hangpa pasang bagi dia dengaq..". RAKAN??? Hehehe...

6. Tahniah... skrg aku dah syok bukak blog hg... byk isu menarik... bleh jadikan iktibar insyaAllah...

7. Jazakallah khair...

Mama said...

salam.. wah menarik entry park chick ni.. isy3 kompius sapa tak tau no park chick ni.. tapi yang pasti hidup kedah (^_~)TAKBIR

akuhamba said...

kesian isteri die

Nurul 'Uyun Binti Ahmad said...

pak cik, kalau setakat na dengo orang berleter, tok sah tambah bini satu lagi pak cik oi.. baik hang rakam suara bini hang pahtu dengar berkali2.. udah, jimat wang dan dan ruang. okkay, terima kasih la pak cik singgah blog saya yang tak seberapa tu ha...

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

isteri yang banyak bebel selalunya takat mulut je la bebelannya...hatinya xd simpan pape....

nak elak si isteri jadi cam kisah kat atas tu, sangat perlu kepada didikan para suami...so, suami kalo nak dapat isteri solehah kene la solehkan diri dulu....then didik isteri....

biasanya isteri solehah akan pk dlu b4 bebel(mcm mak pck):)

nice entry pck!

Park Chick said...

Syah
keh3...hang dah terasa bahang perkahwinan la tu. moga Allah mudahkan jodoh hang. Banyak2 ngadu kat Dia.

anak ayah
ho3...xyah la nak kenai pakcik.bukan sapa2 pun. hidup Kedah.

Fitrah
suami pun kesian gak

Nurul
sesekali nak tukaq DJ gak...hehe.uhuk3..batuk lak

atulasca
isteri pun kalo nak suami soleh kena solehahkan diri gak. Dua2 pihak kena wat usaha.

pck-dapat cam soleha yg sinetron indon pun ok gak.uhuk3...batuk lagi.

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

yup, betul3...

dua2 kena soleh...
tp ingt, dosa suami isteri xtanggung..tp sebaliknya...sbb tu suami kne lebih sikit usaha untuk men'solehkan diri' "lelaki adalah pemimpin bg wanita" ...:)

Anonymous said...

sama2 baiki diri,sama2 tolak ansur..
sama2 rendahkan ego

~akuhamba~

Anonymous said...

Kita selalu menyesali sesuatu yang telah tiada, kita selalu tidak menghargai apa yang kita ada, kita selalu berfikir apa yang orang lain ada begitu baik dan alangkah bagusnya jika kita juga memiliki seperti yang dimiliki oleh orang lain ada. Baiknya sikap anak-anaknya, berbudi bahasanya isterinya dan berbagai lagi tanggapan yang kita berikan kepada orang lain yang ada di sekeliling kita.

Mengapa kita tidak berkata alangkah baiknya anak-anakku, betapa baiknya isteriku dan segala yang ada pada kita penuh dengan kegembiraan yang perlu kita kecapi untuk kehidupan yang sementara ini. Adakah kita sedar masa yang berlalu tidak akan kembali lagi dan masa yang dihadapan belum tentu milik kita lagi. Yang pasti masa sekarang adalah masa kita dan kita perlu melakukan pemilihan samada untuk bergembira dengan masa sekarang atau untuk berduka dengan masa yang ada sekarang.

p/s: peringatan utk diriku yg lambat igt dan mudah lupa..

~akuhamba~

Farid Rashidi said...

Salam,

sebab itu komunikasi dan perbincangan suami isteri amat penting dalam dunia rumah tangga.

Park Chick said...

atulasca
betoi3...suami menanggung dosa isteri tapi xmengurangkan sedikit pun dosa yg isteri but.isteri tetap berdosa.

akuhamba
sohih3...perempuan baik tuk laki baik,laki baik tuk perempuan baik.kita baiki diri insyaAllah jodoh kita akan Allah baiki. Kita buruk jodoh kita pun terikut sama.

faridrashidi
benar3...komunikasi sgt2 ptg.bukan sms n telefon or email je walopun tu semia teknologi komunikasi...sentuhan,belaian,mesyuarat..teras kepada komunikasi.

pck-selamat berbahagia