BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jun 4, 2009

Respon: Bumbung Stadium kat Terengganu Runtuh


KUALA TERENGGANU: Sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak di sini, runtuh semalam menyebabkan timbul pelbagai persoalan kerana stadium bernilai RM292 juta itu baru setahun digunakan…

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
• Dibina Mei 2006; siap 2008
• Kos RM292 juta
• Sebahagian daripada Kompleks Sukan Gong Badak bernilai RM500 juta
• Kapasiti 50,000 orang
• Mempunyai prasarana sukan bowling dan skuasy
• Dimajukan beberapa kontraktor tempatan; kerja pemasangan bumbung dilakukan syarikat Korea Selatan
Stadium pertama di Asia guna sistem bumbung tanpa sokongan tiang


Pakcik dok try (bahasa rojak, jangan amalkan) kira-kira RM292 juta, banyak tu tp pakcik taktau berapa banyak.kalo pakcik dapat duit tu la…mmmmmmmm…kegheta nak yang mahai-mahai…sebiji untuk kerja pejabat, sebiji untuk
makan angin, sebiji untuk adventure, sebiji untuk anak jalan-jalan, sebiji untuk p masjid, sebiji untuk bini jalan-jalan, ghumah besaq atas bukit siap ngan swimming pool (ni pun rojak), bini nak 4orang…yang gemuk satu, yang kurus satu, yang putih satu, yang mata biru satu, yang mata coklat pun nak jugak, nak yang pandai masak, nak bini yang rambut kerinting, nak bini yang rambut lurus…(hmm ni la manusia panjang angan-angan…dalam dok berangan-angan bini nak 4 orang ja tapi kira-kira balik dah 8 orang dah, selagi tak mati semua tak puas hati,semua tak cukup)

Pakcik sebenaqnya dok kagum, boleh depa buat bumbung takdak tiang sokongan (walopun dah runtuh tp dah setahun tak runtuh-runtuh, kira hebat la tu). Stadium pertama kat Asia yang bumbung dia tak pakai tiang sokongan…hebat2.Pakcik bukan nak mempersoalkan stadium atau bumbung atau duit yang depa belanjakan, yang tu biaqla orang yang berkepentingan ja yang ulas.Pakcik nak highlight kat sini betapa kerdilnya kita sebagai makhluk. Nak wat bangunan yang bumbung dia takdak sokongan amik masa bertahun-tahun, abih botak kepala engineer dia dok pk…tau2,lepas setahun ja….krakkkkkkk..debummm..menyembah bumi (bumbung pun akur dia makhluk xdak kuasa, sujud menyembah Allah).

Mai kita tengok apa yang Allah dah ciptakan. Yang kait-mengait dengan bumbung tak bertiang tu la.

“Allah-lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, Kemudian dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.”
[Ar-Ra’d:2]

“Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang. dan kami turunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik.”
[Luqman:10]

Allah huakhbar…hebat Allah ta’ala. Cipta langit xdak tiang…tali pengikat pun xdak…umoq alam ni berapa xtau?pakcik bukan pandai nak kira-kira tp lagi tua dari bapak kepada bapak kepada bapak kepada bapak kepada bapak…pening ah.hangpa pandai, hang kira la sendiri. Yang penting dah tua alam ni tapi langit tak runtuh2 lagi.Hebat Allah Ta’ala nih.ish3.

Dulu pakcik pernah berlagak hebat nak mencipta sebiji reban ayam…nak kumpul materials ja (ni pun rojak gak) dah dekat seminggu..gedegum..gedegam..seminggu..jeng3..maka siaplah reban ayam.uitttt..awat dok senget reban ni.wat malu kat ayam ja(Ayam dok jeling2 ja..punggai ngan kasut baru hang tau).satu…dua..tiga..empat…hebat2..pakcik guna 4batang tiang untuk wat reban ayam tu (tu yang pakcik kagum depa wat bumbung stadium xpakai tiang). Tp senget ja reban ayam pakcik tu. Semua ni ceghita 7tahun lepas..reban tu dah menyembah bumi, sujud pada keagungan ciptaan Allah.


Moral ceghita…kita xpayah la rasa hebat kalo wat benda power2, semenaqnya xpower pun. Bumbung pun sujud pada kehebatan Allah. Reban ayam pakcik pun sujud pada keagungan ciptaan Allah. So, kita bila lagi nak sujud.

Pck: Laras bahasa, perbendaharaan kata dalam tulisan sangatlah teruk. Jangan cuba-cuba tiru penulisan seperti ini dalam penulisan yang rasmi.

7 comments:

Syahril said...

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...
Bak kata pepatah...
"Manusia punya asa, Allah punya kuasa"
"Kita merancang tapi Allah menentukan"

naja tun said...

komen:
Ciptaan manusia xkan pernah boleh menandingi ciptaan Allah smpai bila-bila

Syahril said...

hehehe hg pandai wat reban ayam noo...
ingat ka pandai wat sangkar kerang ja... he he he...

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

Allah telah tunjukkan kekuasaanNYa..bertuahlah bagi mereka yang mengambil pelajaran...& rugi yang teramat2 sangat jika lepas2 ni ade lg yang nak bermegah dengan bangunan besar n tinggi yang mereka bina~~~smg kita dijauhkan dr mewarisi sifat firaun

Anonymous said...

ganu kite..huhu

~akuhamba~

Park Chick said...

Syah
betoi3...Allah Maha Kuasa. huhu...aku wat sangkaq kerang pun kena kutuk ngan paklong2 nelayan. "1 inci kamu tahu 1 inci".paklong2

Naja_tun
Benar...manusia makhluk, Allah Khaliq. xkan leh lawan samapi bila2

a.t.u.l.a.s.c.a
sohih3...kita kena amik pengajaran bukan asyik menuding jari

aku hamba
nyanyi ke nangis. penyu menangis siapa tau

ika mioka said...

runtuh bumbung takpa lagi;buat tak heran pun orang tak kesah
tapi kalo runtuh akhidah,buat tak heran Allah kesah..