BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jun 3, 2009

Dakwah-Do It...Don't Quit















Kerja dakwah adalah kerja seluruh ummat. Asas kerja dakwah ialah sebarkan percakapan yang membesarkan Allah Ta'ala, sebarkan fikir risau Nabi S.A.W, bagaimana seluruh umat dapat selamat dari api neraka dan masuk syurga Allah. 

Tiada dosa yang lebih besar dari dosa syirik. Maka bagi manusia yang membetulkan iman yakin dia dan pada masa yang sama, dengan rasa hina dan rendah diri menjemput saudara seagama membetulkan iman yakin, sesungguhnya dia sedang melakukan nahi mungkar yang paling besar (heran pakcik kalau ada orang cakap dakwah tabligh tak mencegah mungkar)

Tiada amal makruf yang lebih baik dari mengajak manusia kepada Allah. Tiada perkataan yang lebih mulia melainkan mengajak manusia kepada Allah. Walaupun yang datang kepada kita hanyalah kanak-kanak hingusan, namun andai perkataan dia ialah perkataan membesarkan Allah, menceritakan kehebatan Allah. Maka kita harus membenarkan dengan hati,lidah dan perbuatan. Usahlah kita menjadi penghukum kerana kita belum memahami sesuatu perkara. Mungkin tak tercapai akal kita. Mungkin belum masa untuk kita memahami apa itu dakwah. Ajaklah nafsu untuk sabar menunggu, ajaklah akal untuk tenang menilai. DAKWAH-DO IT, DON'T QUIT

7 comments:

a.t.u.l.a.s.c.a. said...

pak cik, posting ni dah abih ka? mcm tergantung je ayat last tu...

Park Chick said...

o yeke...pck dah edit dah.

Anonymous said...

"Ayuhlah kawan bina tali ukhuwah
Tegakkan bersama cahaya Al-Quran
Janganlah hanya dengan keluh & kesah"

~akuhamba~

Anonymous said...

Jangan sekali-kali berputus asa krn putus asa bukanlah akhlak seorg muslim

~akuhamba~

Anonymous said...

“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” Surah Yusuf ayat 12.

“ALLAH SWT tidak akan bertanya kepada kamu berkenaan natijah. Tetapi DIA akan mempersoalkan apakah yanng kalian telah usahakan?” Hasan al Banna

~akuhamba~

Anonymous said...

* Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
* -yang cepat mengalah,
* -yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
* Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
* Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
* Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.
* Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
* Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.
* Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

~akuhamba~

Park Chick said...

benar2...ada dakwah sgt penting dan sgt2 ptg kita dalam usaha dakwah tu