BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jan 23, 2009

tAAT VS TakSuB

Boleh Jadi, Penyamun Jual Penyangak
Disiarkan pada Jun 29, 2008 dalam kategori
Isu Semasa, Politik

Tokoh agamawan atau cerdik pandai sebesar mana pun mereka jika diselubungi dengan ketaksuban akan membunuh penilaian yang rasional dan ilmiah. Hasil daripada ketaksuban itulah akhirnya diwarisi oleh pengikut hingga sesetengah mereka enggan berfikir melainkan apa yang difikirkan oleh tokoh pujaan mereka sahaja.
Taj al-Din al-Subki (w. 771H) yang merupakan tokoh ilmuan besar dalam mazhab al-Syafi’i. Sumbangannya dalam kepada dunia kesarjanaan tidak boleh dinafikan. Tetapi kadang-kala sikap yang begitu kuat untuk mempertahankan mazhab pegangannya telah menyebabkan beliau mengeluarkan pandangan atau pendirian yang seakan meminggirkan penilaian ilmiah.
Antaranya, kata beliau: “Adapun Hijaz, semenjak mazhab al-Syafi’i muncul sehingga ke hari ini kesemuanya berada dalam tangan Syafi’iyyah (pengikut mazhab Syafi’i). Mereka menguasai jawatan kehakiman, jawatan khatib masjid, jawatan imam di Mekah dan Madinah. Orang ramai semenjak tahun 563H berkhutbah dan bersolat di Masjid RasululLah s.a.w. atas mazhab sepupu Nabi iaitu Muhammad bin Idris (al-Imam al-Syafi’i). Mereka qunut semasa solat subuh, menjaharkan (menjelaskan) bacaan basmalah (bismi Allah), menunggalkan iqamah dan berbagai lagi. Sementara RasululLah s.a.w. hadir mendengar dan melihat itu semua. Inilah dalil yang paling jelas bahawa mazhab al-Syafi’i adalah mazhab yang benar di sisi Allah”.) (Al-Subki: Taj al-Din ‘Abd al-Wahhab, Tabaqat al-Syafi’iyyah, jld 1, m.s 283, Beirut: Dar al-Ma’rifah t.t.)

0 comments: